Thursday, October 30, 2014

Perlu ada Agama


Mengapa manusia perlu beragama ?


             Persoalan bukan ?? Jawapannya mudah !! Agama adalah satu bentuk hubungan antara manusia dengan yang Maha Kuasa . Ia satu bentuk hubungan yang suci di mana, ia dapat memberi pelindungan keselamatan.


             Di sini juga tempat di mana manusia bergantung apabila memerlukan bantuan di kala kesedihan dan kesusahan . Agama juga dapat menyatupadukan rakyat, tingkat semangat nasionalisme, sumber pemeritahan, penentu tradisi dan budaya nilai hidup masyarakat, menegakkan sesuatu tamadun serta medium untuk perpaduan.


             Selain itu, agama dapat membataskan perlakuan manusia dengan membezakan di antara yang baik dan yang buruk, dosa juga pahala . Sebagai contohnya, agama mengajar kita jangan mencuri kerana ia sesuatu perkara yang buruk untuk dilakukan oleh seseorang dan agama menggalakkan seseorang itu untuk membantu orang lain kerana ia sesuatu perkara yang baik dan perlu diamalkan sentiasa .

No comments:

Post a Comment